Translate

Wednesday, December 12, 2012

Misteri Potret Dorian




Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan  anda mengenai misteri sebuah potret. Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah mengenai potret Mona lisa. tetapi sebuah potret yang tidak kurang dengan kisah misterinya yang tersendiri. dan saya yakin majoriti antara kita  pasti tidak pernah mendengar mengenai kisah misteri mengenai Potret Dorian . Potret Dorian ini adalah potret seorang lelaki yang bernama  Dorian Gray


Dorian Gray merupakan lelaki Inggeris yang terkaya di London sewaktu zaman Vicoria. Seperti lelaki lain, dia amat gemar akan seni serta wanita-wanita cantik. Dorian bukan sahaja kaya malah beliau juga kacak, matanya berwarna biru cerah dan rambutnya pula perang keemasan. Wajahnya yang tampan itu menyebabkan ramai wanita yang tergila-gilakannya.
           
Seorang pelukis potret terkenal,
Basil Hallward ingin melukis wajah Dorian Gray, tetapi Dorian Gray telah menolaknya pada mulanya, Setelah puas dipujuk, barulah Dorian bersetuju, tapi sebaik saja melihat potret Dorian siap, Dorian cuba memusnahkannya kerana lukisan itu terlalu indah sehinggakan Dorian tidak dapat menerima kenyataan. Menurutnya dia akan tua dan hodoh manakala potretnya akan terus muda dan tampan.


Basil cuba menghalang niat Dorian itu dan Dorian membuat keputusan menggantungkan potretnya di dalam perpustakaan di rumahnya. Beberapa hari kemudian, terjadi beberapa kejadian ganjil. Kelakuan Dorian mula berubah. Dia memutuskan pertunangannya dengan, Syabil Vane, seorang pelakon. Akibat terlalu kecewa tunangnya itu membunuh diri dengan meminum racun.
Sewaktu Dorian melihat potretnya, satu kejadian aneh telah berlaku. Dia ternampak kedut-kedut halus di sekeliling mulut pada potretnya. Lalu Dorian mengalihkan potretnya ke sebuah bilik di tingkat atas supaya tiada sesiapa yang dapat melihat potretnya yang semakin hari semakin hodoh dan menyeramkan.
 Tahun demi tahun telah berlalu kebanyakan warga London terperanjat dan tertanya-tanya wajah Dorian masih tampan dan tidak sedikit pun berubah. Satu hari Basil telah berkunjung ke rumah Dorian dengan tujuan untuk melihat potret yang telah di lukisnya, tetapi Dorian tidak membenarkan Basil melihat potretnya. Tanpa pengetahuan Dorian, Basil berjaya melihat Potret tersebut. Dia begitu terperanjat apabila melihat di dalam potret itu ialah wajah seorang lelaki tua.
           

Tiba-tiba Dorian masuk ke bilik itu lalu menikam Basil akibat terlalu marah dan tidak di jangka tangan pada potret itu terdapat warna merah seperti darah. Selepas kejadian itu  Dorian jatuh cinta dengan seorang gadis jelita yang baik hati, Dorian bertekad untuk kembali ke pangkal jalan.
Pada satu ketika Dorian merenung potret wajahnya. Apa yang dilihatnya adalah wajah yang bengis sementara warna darah di tangan lebih merah daripada biasa. Melihat keadaan itu Dorian menikam potret itu bertubi-tubi dengan pisau yang sama digunakan sewaktu membunuh Basil.


Pembantu rumahnya mula mencari setelah beberapa hari Dorian tidak muncul, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, seorang lelaki tua dan hodoh di temui mati dengan pisau tertusuk di dada. Setelah di siasat lelaki berkenaan di kenali sebagai Dorian kerana cincin yang di pakai oleh mayat tersebut. Berhampiran dengan mayat tersebut terdapat sebuah potret dengan wajah Dorian yang masih muda, kacak dan tersenyum riang.

No comments:

Post a Comment