WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup
20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak
mahu di kenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and
informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
'Cerita
ini harus diberitahu,' kata sumber itu. 'Ia terlalu besar untuk
disorok'. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai
Mole People. 'Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah', beliau
berkata, 'Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu
ba has a English'.
'Mole
People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk
ke muka Bumi (surface world)', kata sumber itu. 'Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
'Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan
perang >dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah
mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggal di situ.
'Tetapi
ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole
tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di
bawah muka Bumi'. Makhluk itu
mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit
perbezaan. 'Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi
mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki
tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang.
Dan tangan
mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan
seperti kuku mole' 'Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan
panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi'.
'Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia
dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber
itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot
yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
'Apabila salah seorang ahli
ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu
ancaman dan terus menyerang beliau'. 'Mereka mencakar dan menyerang
beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama
rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu'.
Kaum
Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan
dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. 'Saya
belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan
bersukaria', mengikut kata sumber. 'Amat jelas mereka tidak boleh
menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu
di bawah muka Bumi'.
NASA amat berminat untuk
mengkaji kaum Mole. 'Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka -
apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling
mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia'.
'Kami
tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?' Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
'Mereka
boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa
atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang
Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah
dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan
mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau
kita?
Bagaimanakah
dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa -
telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan
mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari
wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan
oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran
'mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat'.
Menurut
sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos
ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation
Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin
untuk mengintip China, menggunakan 'teknologi bawah tanah'.
Setakat
ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di
kawasan sekitar Washington State's Mount S has ta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber.Berkurun
lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah
muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah
dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan
ataupun lawan masih tidak diketahui.
Adakah anda mempercayainya....
______________________________________________________________
HARDY
BOY : SEJAUH MANA KEBENARANA PERKAITAN MISTERI DI ATAS DENGAN KEWUJUDAN
YAKJUJ MAKJUJ, HANYA MASA YANG AKAN MENENTUKANNYA...
TETAPI, KEWUJUDAN YAKJUJ MAKJUJ SESUNGGUHNYA BENAR....
TETAPI, KEWUJUDAN YAKJUJ MAKJUJ SESUNGGUHNYA BENAR....
Yakjuj, Makjuj Dikurung Dalam Tembok Ajaib...
ASAL USUL YAKJUJ DAN MAKJUJ DAN BILANGAN MEREKA
Yakjuj dan Makjuj adalah berasal dari zuriat Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Mereka lahir dari keturunan Yafith bin Nuh a.s.
Dari
Abi Sa’id al-Khudriy r.a dari Rasulillah s.a.w bersabda : (( Allah
berfirman kepada Adam (pada hari Kiamat) : Wahai Adam! Adam menjawab :
Aku menyahut seruanMu. Firman Allah: Keluarkan (dari zuriatmu)
rombongan ke neraka. Adam bertanya: “Apakah rombongan (penghuni)
neraka?” Allah berfirman : “Dari setiap satu ribu, sembilan ratus
sembilan puluh sembilan” Maka di saat itu berubanlah anak-anak kecil,
gugurlah bayi dalam kandungan dan kamu melihat manusia seakan-akan
mabuk padahal mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah sangatlah
keras.)) Para sahabat lantas bertanya : “Siapakah di kalangan kami
yang termasuk dalam bilangan satu tersebut? Rasulullah s.a.w menjawab :
((Bergembiralah, bahawa sesungguhnya (rombongan penghuni neraka itu)
satunya dari kalangan kamu dan sembilan ratus sembilan puluh sembilan
dari kalangan Yakjuj dan Makjuj)) Riwayat Bukhari
No comments:
Post a Comment