Translate

Saturday, February 2, 2013

Buaya Wisconsin Mempunyai Kulit Bertuliskan GOD

Kelihatannya dunia tidak pernah kekurangan fenomena aneh. Contohnya Michael Wilkdari Wisconsin yang terkejut ketika suatu hari mendapati pola tulisan GOD pada kulit buaya peliharaannya.



Ketika pertama kali aku menyedarinya, sepertinya rahangku terlepas dari mulutku."Cerita Wilk kepada Chicago Tribune. "Nampaknya ini adalah sebuah fenomena yang unik."

Wilk yang berumur 25 tahun mengatakan bahawa beliau membeli buaya tersebut pada Disember 2005 dari seorang lelaki yang sudah tidak sanggup lagi memeliharanya. Wilk tidak menyedari ada tanda itu di kulitnya. Namun beberapa bulan kemudian Wilk mula menyedarinya ketika ia sedang memerhatikan buaya itu bersama teman-temannya.



"Aku pikir, lelaki yang menjual buaya itu berusaha mempermainkan aku dengan membuat tanda itu." Kata Wilk. "Namun ternyata tanda itu asli." Para ahli juga meneguhkan ketulenannya. Buaya umumnya memiliki pola garis-garis pada kulit untuk membantu mereka mengkamuflase diri di alam liar.

Harry Dutton, seorang ahli buaya di Florida Fish and Wildlife Conservation Commission mengatakan kepada Chicago Tribune bahawa tanda itu memang asli. Namun katanya kemungkinan tanda itu akan memudar seiring dengan waktu.

No comments:

Post a Comment